Soalan Lazim (FAQ)
Terdapat pelbagai jenis acara yang diadakan di Perbadanan Stadium Johor seperti acara sukan, konsert, pameran, jualan karnival, ekspo jualan, persidangan, dan lain-lain.
Fasiliti yang disediakan termasuk kolam rekreasi, gelanggang skuasy, trek larian, stadium hoki, gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, trek berbasikal, dan taman luncur (skate park).
Terdapat pelbagai fasiliti lain bergantung kepada lokasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman tempahan kami di https://booking.stadiumjohor.my.
Untuk membuat tempahan bagi penganjuran acara, pelanggan masih perlu menghantar surat rasmi kepada Perbadanan Stadium Johor. Alamat boleh dirujuk di halaman Hubungi Kami.
Kadar sewaan berbeza mengikut jenis acara yang diadakan. Untuk maklumat tentang sewaan venue, sila layari laman tempahan kami di https://booking.stadiumjohor.my.
Langkah-langkah untuk mendaftar boleh dilihat di laman web kami di https://booking.stadiumjohor.my.
Anda boleh berhubung terus dengan pegawai bertanggungjawab di lokasi tersebut. Mereka akan membantu anda dengan mesra.
Resit secara dalam talian akan dihantar melalui emel.